Selasa, 25 September 2012

Peperiksaan Akhir Tahun, Format Surat Rasmi dan Format Kertas 2.

[1] Peperiksaan Akhir tahun.

Peperiksaan akhir tahun akan menjelang tidak lama lagi. Ia akan bermula pada Khamis ini dan saya rasa amat gelisah. Malah, saya tidak sedia untuk peperiksaan ini kerana saya belum lagi habis mengulang kaji pelajaran. Saya telah ke rumah makcik saya pada hujung minggu kerana sepupu saya hendak tunang. Lagipun, saya ada peperiksaan Madrasah pada minggu yang sama. Subjek-subjek seperti chemistry dan physics amat susah bagi saya kerana ada yang saya tidak memahami. Saya menyesal kerana tidak bermula mengulangi pelajaran pada mula-mula lagi. Ada lagi beberapa subjek yang saya belum habis belajar. Harap-harap boleh habis belajar sebelum peperiksaan datang.
[2] Format Surat Rasmi.
Untuk peperiksaan akhir tahun, kami juga telah belajar tentang surat rasmi.

Dalam penulisan surat rasmi ia harus mengandungi perkara-perkara yang berikut-

Alamat Pengirim- Ditulis di sebelah kiri di bahagian atas surat.
Nama dan alamat penerima -Ditulis di bawah Alamat Pengirim
Panggilan hormat penerima (Tuan/Puan)
Tarikh
Perkara- Ditulis di bawah Panggilan Hormat Penerima dan digarisi.
Isi-Isi
Pengakuan dan Tanda tangan pengirim
Nama Pengirim

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alamat Pengirim
Nama

Alamat Penerima
Nama

Panggilan hormat penerima (Tuan/Puan,)                                         Tarikh (22 September 2012)

                                                                Perkara(Per:____________)


                                                                         ISI

Pengakuan (Yang Benar,)
Tanda Tangan Pengirim
[3] Format Kertas 2

Peperiksaan Bahasa Melayu yang akan datang juga ada Kertas 2. Ini adalah formatnya:
Cari Perkataan Tidak Berimbuhan
Prosedur Cloz
Peribahasa
Kefahaman
Kefahaman MCQ
Ringkasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan