Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negeri 5 Menara

Emak

Watak emak, ataupun dikenali sebagai ibu Alif adalah seseorang yang amat bertekad bagi membesarkan Alif sebagai seseorang yang alim dan baik hati. Walaupun Alif tidak bersetuju untuk menjadi seseorang ustat yang berilmu tinggi, malah ibunya memaksanya. Dia seseorang yang soleh mungkinkerana keturunannya adalah orang-orang alim. Dia selalu memakai tudung dan menutup aurat apabila keluar rumah.

Pada pendapat saya walaupun beliau mahu anaknya untuk menjadi seseorang ustat dia harus memikirkan tentang pilihan-pilihan dan anaknya dan bagaimana dia rasa apabila dipaksa menadi seseorang dia tidak mahu atau minat. Tapi dia seseorang yang ikhlas berkongsi ilmu bersama murid-muridnya walaupun dibayar dengan beras sahaja.


Selasa, 23 Julai 2013

  Cuti sekolah dua tahun lepas amat seronok kerana saya telah dapat peluang untuk ke Kuching, Sarawak selepas peperiksaan PSLE. Perlawatan itu dibuat khas untuk pelajar-pelajar melayu yang akan bergraduat. Saya telah meminta-minta ibuku beberapa kali sehingga akirnya dia memberikan izin untuk saya pergi. Kerana saya akan bergraduat dan meninggalkan sekolah saya tidak lama lagi, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk ke luar negeri bersama rakan-rakan saya dan membuat pengalaman baharu.

  Akhirnya, tibanya hari untuk meninggalkan Singapura sepanjang empat hari. Saya rasa seronok namun gelisah kerana ia kali pertama yang saya akan menaiki kapal terbang. Setelah kami tiba di Sarawak dan mengisi perut kosong kami dengan makanan-makanan yang sungguh enak, kami menaiki bas selama dua jam ke destinasi kami. Ia adalah tempat di mana kami mempelajari tentang pelbagai-pelbagai rumah kampung yang berbeza. Walaupun ia diperbuat daripada kayu, dan pokok, rumah itu masih dapat berdiri. Ia amat menakutkan kerana saya selalu terfikir bahawa saya akan terjatuh kerana bangunan itu tidak dapat mengandungi semua keberatan badan kami. Tangga-tangga di dalam rumah mereka diperbuat daripada sebatang pokok sahaja. Saya terperanjat apabila terlihat kanak-kanak berlari turun tangga dan tidak berhati-hati. Mukin mereka sudah biasa bernaik dan menurun dari tangga tersebut. Namun, saya rasa gelisah dan amat takut.

  Selain itu kami dapat bermain dengan pelbagai-pelbagai alat muzik. Bukan macam alat-alat moden muzik yang kita ada hari ini, salah satu alatan muzik yang mereka ada diperbuat daripada kulit siput. Ada juga yang diperbuat oleh kayu dan diukir sebagai perkhiasan. Mereka juga membuat pakaian dari sejenis kayu yang dihentak beberapa kali sebelum ia menjadi berbulu dan fleksibel. Mereka ada sejenis mesin yang dapat membantu buangkan kulit dari padi. Pada pendapat saya, walaupun mereka tidak mempunyai teknologi moden seperti kami, mereka tetap dapat melakukan aktiviti harian dengan pantas dan ia amat menarik untuk belajar tentang budaya mereka.

  Setelah itu, kami ke tater untuk melihat persembahan yang dibuat khas untuk pelancong. Ia amat menakutkan kerana mereka sedang meniup damak namun tarian mereka amat menarik untuk dilihat. Pada hari kedua, kami ke salah satu daripada sekolah di Kuching untuk mempelajari tarian mereka. Pelajar-pelajar perempuan itu sungguh peramah dan kami telah banyak belajar daripada mereka.

  Pada hari ketiga kami melawati masjid. Ia amat menyedihkan untuk melihat kubur-kubur yang disempitkan di luar masjid tersebut.

  Namun pada hari keempat saya jatuh sakit dan tidak dapat meluangkan aktiviti-aktiviti bersama rakan -rakan saya. Sebelum kami pulang ke Singapura kami telah ke rumah kedai untuk membeli pelbagai cenederamata untuk pulang ke rumah. Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dan saya telah pasti mendapati ilmu baharu.

Pandangan dari tingkap bas apabila sedang menuju ke destinasi.


Pondok

Jambatan yang diperbuat daripada buluh dan tali
Mesin untuk membuangkan kulit daripada nasi
Tangga yang diperbuat daripada sebatang pokok sahaja
Peralatan muzik yang dipegang di tangan; Kain yang dipukul dan digunnakan untuk pakaian.
Persembahan
Patung Kuching di luar hotel kami

Masjid

Selasa, 25 September 2012

Peperiksaan Akhir Tahun, Format Surat Rasmi dan Format Kertas 2.

[1] Peperiksaan Akhir tahun.

Peperiksaan akhir tahun akan menjelang tidak lama lagi. Ia akan bermula pada Khamis ini dan saya rasa amat gelisah. Malah, saya tidak sedia untuk peperiksaan ini kerana saya belum lagi habis mengulang kaji pelajaran. Saya telah ke rumah makcik saya pada hujung minggu kerana sepupu saya hendak tunang. Lagipun, saya ada peperiksaan Madrasah pada minggu yang sama. Subjek-subjek seperti chemistry dan physics amat susah bagi saya kerana ada yang saya tidak memahami. Saya menyesal kerana tidak bermula mengulangi pelajaran pada mula-mula lagi. Ada lagi beberapa subjek yang saya belum habis belajar. Harap-harap boleh habis belajar sebelum peperiksaan datang.
[2] Format Surat Rasmi.
Untuk peperiksaan akhir tahun, kami juga telah belajar tentang surat rasmi.

Dalam penulisan surat rasmi ia harus mengandungi perkara-perkara yang berikut-

Alamat Pengirim- Ditulis di sebelah kiri di bahagian atas surat.
Nama dan alamat penerima -Ditulis di bawah Alamat Pengirim
Panggilan hormat penerima (Tuan/Puan)
Tarikh
Perkara- Ditulis di bawah Panggilan Hormat Penerima dan digarisi.
Isi-Isi
Pengakuan dan Tanda tangan pengirim
Nama Pengirim

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alamat Pengirim
Nama

Alamat Penerima
Nama

Panggilan hormat penerima (Tuan/Puan,)                                         Tarikh (22 September 2012)

                                                                Perkara(Per:____________)


                                                                         ISI

Pengakuan (Yang Benar,)
Tanda Tangan Pengirim
[3] Format Kertas 2

Peperiksaan Bahasa Melayu yang akan datang juga ada Kertas 2. Ini adalah formatnya:
Cari Perkataan Tidak Berimbuhan
Prosedur Cloz
Peribahasa
Kefahaman
Kefahaman MCQ
Ringkasan

Ahad, 26 Ogos 2012

Video Yang Paling Saya Gemari

Video ini menceritakan tentang seseorang anak, Ader, yang sedang memintak bapanya duit untuk membeli kertas warna untuk ujian seni. Namun, bapanya tidak mahu mendengar anaknya.

Saya gemar menonton video ini kerana ia lucu dan sangat comel.

Ahad, 12 Ogos 2012

Akhirnya keluarga saya keluar untuk membeli-belah. Kakak saya membeli beg Guess untuk hari raya dan ayah saya telah membeli kasut baharu. Saya tidak mahu menggunakan wang saya untuk membeli baju, kasut dan sebagainya. Apabila saya keluar, kalau saya tidak membeli makanan tidak sah. Jadi saya telah membeli Chewy Junior :>

Sabtu, 11 Ogos 2012

Untuk persiapan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi, keluarga saya telah mengemas rumah. Sekarang tingkap-tingkap dan cermin kelihatan bersih. Tetapi kita masih harus menukar cadar sofa, bersihkan meja-meja dan kerusi.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Saya hanya keluar untuk menemani nenek untuk beli telur di Sheng Siong sahaja. Sepanjang hari saya menonton TV, belajar dan mengulangkaji pelajaran sains sahaja. Bosan, saya.
Semua sudah beli baju raya ke belum? Hari ini saya telah ke Geylang untuk cari Hijab dan baju raya untuk kakak saya. Dia memilih baju warna biru, warna yang keluarga saya akan memakai tahun ini. Kami membeli air jagung dan air katira untuk dibawa pulang ke rumah.

Rabu, 8 Ogos 2012

Hari ini saya telah ke sekolah untuk menyambut Hari Kebangsaan. Selepas itu, saya ke Ang Mo Kio untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendah. Kita ke McDonald's untuk makan petang tetapi saya hanya dapat lihat mereka makan kerana saya berpuasa :( Saya bawa pulang minuman 'Ice Cream Milk Tea' daripada KOI. Saya juga menemani ibu saya ke Shop & Save untuk membeli makanan. Saya meluangkan masa untuk mengulangkaji subjek Geography dan juga menonton drama Secret Garden.

Rabu, 25 April 2012

Penggunaan 'Dari' dan 'Daripada'

Kita boleh ingat dan tahu pengguaan dari dan daripada lebih baik jika menggunakan MAT ataupun BOS.
Dari: MAT
{M}asa
{A}rah
{T}empat
Daripada: BOS
{B}andingan
{O}rang
{S}umber

Contoh-contoh penggunaan dari-
1)Masa ~ Dia menaiki kereta ke Johor dari pagi hingga petang
2)Arah ~ Ibu awak berasal dari mana?
3)Tempat ~ Kita boleh menaiki kereta api dari sini untuk ke Changi.

Contoh-contoh penggunaan daripada-
1)Bandingan ~ Ayah lebih kacak daripada abang
2) Orang ~ Salah satu daripada kawan-kawan saya daripada Korea
3) Sumber ~ Rambut palsunya dibuat daripada rambut mayat.

Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan Surat Formal

Menulis surat formal senang, kita harus sahaja mengingati TNNTNPPPPT.


Surat-surat formal harus mengandungi perkara-perkara yang berikut:
1) Tarikh
2)Nama Pengirim
3) Nama Penerima
4)Tajuk Surat
5)Nama Pengadap
6)Perenggan pertama, 1-2 ayat- Tujuan Menulis
7) Perenggan kedua- Isi pengenalan masalah.
8) Perenggan Ketiga- Isi surat dan huraian dan contoh.
9) Penutup surat
10) Tandatangan

Contoh soalan surat formal:Baru- baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahwa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.

Tuliskan sepucuk Surat kepada Pengawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT, untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.

Anda harus menulis alamat Penerima dan Penulis.Seperti yang berikut:

27 Mac 2012
Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Avenue 4
#08-08
Singapura 456789

Pengawai Perhubungan Awam.
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Anda harus juga menulis nama sesiapa yang akan menerima surat kamu dan tajuk surat anda:Tuan/Puan

Per: Kekotoran Dalam MRT

Setelah itu anda menulis perenggan pertama, iatu tujuan awak menulis:

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya menaiki pada hari Sabtu yang lalu.

Selepasnya, tulis perenggan kedua. Isi pengenalan masalah;Pada hari Sabtua yang lalu, saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong dan mendapati bahwa ia sangat kotor. Ramai orang tidak peduli dengan keadaan MRT tersebut dan ada juga yang masih buang sampah sembarangan. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang tertinggal di situ. Saya kagum dengan watak penduduk-penduduk Singapura zaman ini. Keadaan ini perlu berubah.

Tulis perenggan ketiga- Isi surat dan huraian dan contoh:Kita boleh bermula dengan meletakkan papan-papan tanda di sekeliling MRT yang memberitahu semua tentang memelihara kebersihan. Sesiapa yang membuang sampah, makan atau minum di dalam MRT akan disaman. Jika tempat masih kotor, binatang seperti tikus dan serangga akan didapati.

Saya harap tuan/puan akan bertindak dengan situasi ini. Jika ia tidak berhenti, Singapura akan dilihat sebagai negeri yang kotor.

Setelah itu tandatangan:Salam Hormat,
>tandatangan<
Siti Binte Ahmad.



Rabu, 29 Februari 2012

Penggunaan Ialah & Adalah

Adalah: Untuk kata sendi nama, adjektif dan dikuti oleh penerangan. Ia tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
Ialah: Untuk kata nama khas atau kata nama am. Ia juga diikuti oleh definasi, atau kata komplemen.

Contoh: Bangunan ini ialah bangunan yang paling tinggi di Singapura.
             Samad ialah pelajar yang rajin dan cermelang.
             Tanggungjawab guru-guru ialah mendidik dan mengajar murid-muridnya.

Contoh: Persembahan Megan adalah baik.
             Rumah Sabrina adalah besar.

Sabtu, 18 Februari 2012

Mengapa saya memilih tajuk blog ini.

Saya rasa bahawa bahasa melayu adalah satu pelajaran atau bahasa yang seronok. Selalunya, pengembaraan  sentiasa menarik dan ada juga halangan-halangan untuk mengatasi -Macam bahasa melayu. Mempelajari bahasa melayu agak menarik, tetapi kadang-kala kami tidak memahami peraturan-peraturan dan makna-makna perkataan.

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Apabila Puan Ida mengata bahawa kita akan membuat blog bahasa melayu, saya rasa menarik kerana kita dapat memakai komputer di lab. Walaopun saya pernah membuat blog dahulu, kini saya ada masalah membina blog ini. Sangat leceh! Kita harus membuat acoun gmail dan saya tidak dapat cari butang unutk membuat blog. Tetapi akhirnya saya berjaya!

Walaupun mempunyai blog seronok, kadang-kala saya malas untuk pos. Namun, saya rasa ia akan membuat bahasa melayu saya lagi baik. Saya harap dengan bantuan Puan Ida dan blog ini, saya akan cermelang dalam bahasa melayu.