Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negeri 5 Menara

Emak

Watak emak, ataupun dikenali sebagai ibu Alif adalah seseorang yang amat bertekad bagi membesarkan Alif sebagai seseorang yang alim dan baik hati. Walaupun Alif tidak bersetuju untuk menjadi seseorang ustat yang berilmu tinggi, malah ibunya memaksanya. Dia seseorang yang soleh mungkinkerana keturunannya adalah orang-orang alim. Dia selalu memakai tudung dan menutup aurat apabila keluar rumah.

Pada pendapat saya walaupun beliau mahu anaknya untuk menjadi seseorang ustat dia harus memikirkan tentang pilihan-pilihan dan anaknya dan bagaimana dia rasa apabila dipaksa menadi seseorang dia tidak mahu atau minat. Tapi dia seseorang yang ikhlas berkongsi ilmu bersama murid-muridnya walaupun dibayar dengan beras sahaja.