Ahad, 26 Ogos 2012

Video Yang Paling Saya Gemari

Video ini menceritakan tentang seseorang anak, Ader, yang sedang memintak bapanya duit untuk membeli kertas warna untuk ujian seni. Namun, bapanya tidak mahu mendengar anaknya.

Saya gemar menonton video ini kerana ia lucu dan sangat comel.

Ahad, 12 Ogos 2012

Akhirnya keluarga saya keluar untuk membeli-belah. Kakak saya membeli beg Guess untuk hari raya dan ayah saya telah membeli kasut baharu. Saya tidak mahu menggunakan wang saya untuk membeli baju, kasut dan sebagainya. Apabila saya keluar, kalau saya tidak membeli makanan tidak sah. Jadi saya telah membeli Chewy Junior :>

Sabtu, 11 Ogos 2012

Untuk persiapan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi, keluarga saya telah mengemas rumah. Sekarang tingkap-tingkap dan cermin kelihatan bersih. Tetapi kita masih harus menukar cadar sofa, bersihkan meja-meja dan kerusi.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Saya hanya keluar untuk menemani nenek untuk beli telur di Sheng Siong sahaja. Sepanjang hari saya menonton TV, belajar dan mengulangkaji pelajaran sains sahaja. Bosan, saya.
Semua sudah beli baju raya ke belum? Hari ini saya telah ke Geylang untuk cari Hijab dan baju raya untuk kakak saya. Dia memilih baju warna biru, warna yang keluarga saya akan memakai tahun ini. Kami membeli air jagung dan air katira untuk dibawa pulang ke rumah.

Rabu, 8 Ogos 2012

Hari ini saya telah ke sekolah untuk menyambut Hari Kebangsaan. Selepas itu, saya ke Ang Mo Kio untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendah. Kita ke McDonald's untuk makan petang tetapi saya hanya dapat lihat mereka makan kerana saya berpuasa :( Saya bawa pulang minuman 'Ice Cream Milk Tea' daripada KOI. Saya juga menemani ibu saya ke Shop & Save untuk membeli makanan. Saya meluangkan masa untuk mengulangkaji subjek Geography dan juga menonton drama Secret Garden.