Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan Surat Formal

Menulis surat formal senang, kita harus sahaja mengingati TNNTNPPPPT.


Surat-surat formal harus mengandungi perkara-perkara yang berikut:
1) Tarikh
2)Nama Pengirim
3) Nama Penerima
4)Tajuk Surat
5)Nama Pengadap
6)Perenggan pertama, 1-2 ayat- Tujuan Menulis
7) Perenggan kedua- Isi pengenalan masalah.
8) Perenggan Ketiga- Isi surat dan huraian dan contoh.
9) Penutup surat
10) Tandatangan

Contoh soalan surat formal:Baru- baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahwa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.

Tuliskan sepucuk Surat kepada Pengawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT, untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.

Anda harus menulis alamat Penerima dan Penulis.Seperti yang berikut:

27 Mac 2012
Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Avenue 4
#08-08
Singapura 456789

Pengawai Perhubungan Awam.
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Anda harus juga menulis nama sesiapa yang akan menerima surat kamu dan tajuk surat anda:Tuan/Puan

Per: Kekotoran Dalam MRT

Setelah itu anda menulis perenggan pertama, iatu tujuan awak menulis:

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya menaiki pada hari Sabtu yang lalu.

Selepasnya, tulis perenggan kedua. Isi pengenalan masalah;Pada hari Sabtua yang lalu, saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong dan mendapati bahwa ia sangat kotor. Ramai orang tidak peduli dengan keadaan MRT tersebut dan ada juga yang masih buang sampah sembarangan. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang tertinggal di situ. Saya kagum dengan watak penduduk-penduduk Singapura zaman ini. Keadaan ini perlu berubah.

Tulis perenggan ketiga- Isi surat dan huraian dan contoh:Kita boleh bermula dengan meletakkan papan-papan tanda di sekeliling MRT yang memberitahu semua tentang memelihara kebersihan. Sesiapa yang membuang sampah, makan atau minum di dalam MRT akan disaman. Jika tempat masih kotor, binatang seperti tikus dan serangga akan didapati.

Saya harap tuan/puan akan bertindak dengan situasi ini. Jika ia tidak berhenti, Singapura akan dilihat sebagai negeri yang kotor.

Setelah itu tandatangan:Salam Hormat,
>tandatangan<
Siti Binte Ahmad.